KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Khamis, 15 Januari 2015

SUKARELAWAN BENAR BENAR BERSIH DI KAMPONG GAJAH



Bencana banjir yang berlaku di pasir salak terus mendapat perhatian masyarakat, terbaru semalam berlangsungnya program pasca banjir "sukarelawan benar benar bersih". Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Yb Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman, turut serta dalam majlis ini ialah Adun Kg.Gajah Yb.Abdullah Fauzi.

Program anjuran pejabat UMNO parlimen pasir salak ini mendapat kerjasama daripada badan badan kerajaan dan NGO antaranya KEMAS,RELA,LAP,JPS,JKR,MDPT,IM4U,Politeknik dan beberapa agensi lain.Program ini diadakan bertujuan membersihkan kawasan kawasan kampong serta perumahan di sekitar kawasan kg.gajah.

 

Selasa, 13 Januari 2015

Sukarelawan MPTI membantu KEMAS Pasir Salak



Berat sama dipikul ringan sama dijinjing itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan di tabika KEMAS kg.gajah 1 ini. Kehadiran Skuad Sukarelawan Majlis Perbandaran Teluk Intan MPTI membantu membersihkan kawasan luar serta dalam kelas Tabika ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan proses pembersihan kelas tabika tersebut kerana pada ketika ini sesi pembelajaran kanak kanak tabika ini dipindahkan di dewan yang terletak bersebelahan dengan kelas tabika asal.

Terima kasih kerana sudi datang membantu melakukan kerja kerja pembersihan tabika ini, Diharap selepas ini dapatlah anak anak tabika kg gajah 1 ini meneruskan pembelajaran mereka di kelas asal dalam keadaan selesa.

kepada semua sukarelawan hanya allah sahaja dapat membalas jasa anda semua dan diharap kerjasama yg baik ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

keadaan sebahagian peralatan kelas yang terjejas akibat banjir, ada yang masih boleh digunakan lagi tetapi kebanyakan nya rosak akibat lama terendam di dalam air banjir.

Rabu, 10 Disember 2014

SESI TEMUDUGA DAN PENILAIAN SKT & LNPT KAKITANGAN KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

panel penemuduga terdiri dari penyelia kanan dan penyelia pelbagai jurusan. panel 1 terdiri daripada en.nasurunnasir,Pn.siti azizah dan Pn.aishah manakala panel 2 terdiri daripada En.azmi dan Pn.rosni harun

Isnin, 8 Disember 2014 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS kampong gajah telah berlangsung sesi temuduga untuk semua Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak. seramai 75 orang Pemaju Masyarakat pelbagai jurusan telah hadir untuk di temuduga oleh panel penemuduga yang terdiri daripada Penyelia kanan dan penyelia penyelia pelbagai jurusan.

sesi temuduga ini diadakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi melibatkan pemaju masyarakat Bina insan,PKK,PK,GDW dan PLK manakala sesi petang melibatkan pemaju masyarakat Tadika dan Taska.

Gmbar panel penilai sedang menemuduga pemaju masyarakat dan sebahagian pemaju masyarakat yang berdebar menunggu giliran untuk ditemuduga.

 

Selasa, 2 Disember 2014

PEMANTAUAN PENILAIAN PM PKK

Pemantauan Penilaian Pemaju Masyarakat PKK kelas Bukit Chawi Kg.Gajah
Pada 27 November 2014 yang lalu kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Bukit Chawi Kampong Gajah telah menerima kunjungan dari penyelia-penyelia unit BPM KEMAS dari beberapa Parlimen lain.

Lawatan ini diadakan bertujuan bagi memberi penilaian kepada Pn. Fatimah Bt Mat Yunos pemaju masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Parlimen Pasir Salak.

banyak aktiviti yang dilakukan di kelas berkenaan antaranya demonstrasi jahitan manik, membuat kuih tradisional dan belajar teknik gubahan hantaran perkahwinan, peserta peserta terdiri daripada masyarakat setempat.


Setiap aktiviti yang dilakukan bertujuan bagi mendidik masyarakat mempelajari kemahiran kemahiran yang boleh membantu memberi pendapatan tambahan kepada mereka.

Khamis, 20 November 2014

Jamuan perpisahan akhir tahun Taska Permata KEMAS Felcra Seberang Perak


Khamis, 20 November 2014. Bertempat di TASKA Permata KEMAS Felcra Seberang Perak telah berlangsung majlis jamuan perpisahan akhir tahun. Majlis yang diadakan pada jam 3.30 petang ini telah dirasmikan oleh pengerusi TASKA Permata KEMAS Felcra Seberang Perak iaitu En. Mohammad Razali Bin Yahya.

Majlis ini juga turut menjemput ibu bapa kanak kanak bagi memeriah kan lagi majlis.Semua guru guru TASKA Permata KEMAS seberang Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak anak Taska yang bakal meninggalkan Taska pada tahun ini, semoga ilmu yang diberi selama belajar di Taska ini dapat digunakan di masa hadapan.

Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran hadiah dan jamuan makan

Rabu, 22 Oktober 2014

PROGRAM DISKUSI ILMIAH KELAS BINA INSAN


Pada 22 Oktober 2014  telah berlangsung satu majlis ilmu anjuran kelas Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis yang diadakan di Surau Taman Changkat Lada Raya ini telah menarik kehadiran lebih 50 orang terdiri daripada qariah-qariah surau tersebut dan masyarakat setempat.

Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini dimulakan dengan majlis bacaan Yassin dan di susuli dengan ceramah agama bertajuk ''Sayang Suami Isteri Till Jannah". Ceraman ini telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak Iaitu Ustazah Salina Abdul Aziz. Majlis ini diakhiri dengan penerangan isu semasa yang disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO. Rata-rata peserta yang hadir menyambut baik program seperti ini dan mengharapkan program ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.


      ustazah Salina memberikan ceramah "Sayang Suami Isteri Till Jannah". Turut hadir Penyelia Bina Insan KEMAS            Pasir Salak Ustazah Rusimah Jaafar

Ahad, 19 Oktober 2014

MAJLIS PELANCARAN KOSPEN KG.GAJAH





Ahad 19 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Adun Kg.Gajah telah berlangsung majlis pelancaran program komuniti sihat perkasa negara KOSPEN peringkat DUN Kg.Gajah. Program ini melibatkan empat buah kampong iaitu  Kampong Air Kuning, Kg.Jawa, Kg.Bendang Besar dan Kg. Makmur.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Adun Kg.Gajah iaitu Tn.Hj.Abdullah Fauzi Bin Dato'Ahmad Razali. Beberapa agensi turut terlibat menjayakan majlis ini antaranya KEMAS,KKM,RELA dan PDRM

antara aktiviti yang dilakukan adalah Fun Walk dan pemeriksaan kesihatan percuma