KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Isnin, 16 November 2015

CERAMAH MAAL HIJRAH


Pada 9 November 2015 yang  lalu bertempat di Dewan Orang Ramai serbaguna kampung Tanjung Sari telah berlangsung ceramah Maal Hijrah 27 Muharram 1437 Hijrah. Majlis anjuran Bahagian Kerohanian KEMAS Parlimen Pasir Salak ini telah mendapat kerjasama dari JKKK kampung Tanjung Sari.

Ceramah Maal Hijrah tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Rusimah Penyelia Bahagian Kerohanian KEMAS Parlimen Pasir Salak.


Khamis, 29 Oktober 2015

BENGKEL DASAR PELAN STRATEGIK KEMAS ZON D


Bertempat di Dewan Iltizam Institut Latihan Kemahiran KEMAS Seri Iskandar pada hari Sabtu 17 Oktober yang lalu telah diadakan Bengkel Dasar Dan Pelan Strategik KEMAS ZON D. Bengkel ini telah menggabungkan empat Parlimen iaitu Parlimen Pasir Salak, Parlimen Parit, Parlimen Lumut dan Parlimen Beruas.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Ahmad Kamal Idris Bin Haji Mohd Nawawi. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Normalina Manap Pegawai KEMAS Daerah Perak Tengah selaku tuan rumah.




KURSUS PENYEMBELIHAN BAHAGIAN KEROHANIAN KEMAS PASIR SALAK


Pada 29 Oktober 2015 bertempat di Dewan JKKK Kampong Permatang Pelanduk telah diadakan kursus penyembelihan anjuran Bahagian Kerohanian KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YG.BHG. Dato Hj.Ibrahim Bin Katop Timbalan ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap pegawai khas Timbalan Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani Malaysia.

Kursus penyembelihan ini diketuai oleh Ustaz Fakharuddin Bin Hasan Basri pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Perak. Dalam program ini juga telah diadakan ceramah Halal Haram Pemakanan yang disampaikan oleh Ustaz Yusri Bin Abd Rani Penolong Pegawai Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak.



Selasa, 6 Oktober 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN KEMAS FC DAN MDPT FC

Pada 6 Oktober 2015 bertempat di Stadium Mini Parit telah diadakan perlawanan persahabatan antara pasukan KEMAS FC menentang pasukan MDPT FC perlawanan yang bermula pada Jam 5 petang ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Jabatan KEMAS dan Pihak berkuasa tempatan.

Pasukan KEMAS mendahului 2 1 di separuh masa pertama, dalam separuh masa kedua pasukan MDPT berjaya menyamakan jaringan. Keputusan seri 2 sama kekal sehingga wisel penamat


Rabu, 30 September 2015

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA KG.SELAT PULAU



Pada 9 September 2015 Kampong Selat Pulau Kg.Gajah telah terpilih untuk menyertai pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M). Kampong ini merupakan Johan ADS1M peringkat Daerah Perak Tengah.

Seramai sepuluh orang juri yang mewakili pelbagai agensi telah hadir untuk membuat penilaian keatas kampong ini, Juri juri ini telah disambut dengan meriah oleh JKKK kampong serta penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani yang Juga Ahli Parlimen Pasir Salak Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman turut hadir bagi memeriah kan lagi majlis.

 


FESTIVAL RAKYAT PASIR SALAK


Pada 4 hingga 5 September yang lalu bertempat di Litar Dato Sagor,Kampong Gajah telah diadakan Festival Rakyat Pasir Salak. Pelbagai acara menarik diadakan di sini, tidak ketinggalan untuk menjayakan program ini ialah KEMAS Parlimen Pasir Salak,

Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak telah dijemput menjadi tenaga pengajar bagi mengadakan Demonstrasi masakan berasaskan ikan air tawar.

Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Diraja Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.


Rabu, 24 Jun 2015

PROGRAM K.KOMUNITI SG.TUNGKU


Program K.Komuniti Parlimen Pasir Salak diteruskan lagi hari ini. Bertempat di Dewan orang ramai Kampong Sg.Tungku Kg.Gajah Perak telah diadakan demonstrasi membuat kuih raya serta sembang santai. Pn.Siti Azizah Yaakob Penyelia unit BPM KEMAS kg.gajah telah menjadi tenaga pengajar dalam program ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah Pn.Normalina Manap PKD Daerah Perak Tengah dan En.Nasurunnasir Alias Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir..




PROGRAM LATIHAN ''NON FORMAL'' PEJABAT BELIA DAN KEMAS KG.GAJAH


Pada 13 dan 14 Jun 2015 yang lalu bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak telah diadakan kursus NON FORMAL peringkat daerah Kampong Gajah. Kursus anjuran pejabat Belia dan Sukan serta KEMAS Kg.Gajah ini melibatkan belia belia di sekitar kawasan kg. gajah.

Terdapat dua kursus yg diadakan dalam program ini iaitu kursus jahitan tudung dua layer dan kursus memasak masakan barat. Antara tenaga pengajar dalam kursus ini Pn.Mariam Ismail dan Pn.Fatimah Mat Yunus Pemaju Masyarakat unit BPM KEMAS.

TAKLIMAT PERKESO KEMAS DAERAH PERAK TENGAH


Pada 23 Jun 2015 jam 2.30 petang bertempat di dewan RPA 3 Kampong Gajah telah diadakan taklimat tentang pemahaman mengenai faedah faedah apabila mencarum bersama PERKESO. Taklimat yang disampaikan oleh wakil PERKESO ini melibatkan dua Parlimen iaitu Parlimen Parit dan Parlimen Pasir Salak. dengan adanya taklimat ini sedikit sebanyak dapatlah kita mengetahui dan memahami betapa pentingnya kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan di kalangan majikan dan pekerja.




PROGRAM K.KOMUNITI ''JOM BUAT KUIH RAYA''


Rabu 24 Jun 2015 bertempat di Dewan orang ramai Kuala Sg.Manik telah diadakan satu bengkel membuat kuih raya, demonstrasi anjuran Perhubungan KEMAS kg.gajah ini bertujuan mengajak orang ramai khususnya masyarakat kampong mempelajari cara cara membuat kuih raya semperna Syawal yang bakal menjelang nanti.

Tenaga pengajar demonstrasi membuat kuih raya ini ialah Pn.Siti Azizah Yaakob Penyelia unit BPM KEMAS Parlimen Pasir Salak. Turut hadir dalam program ini ialah Penyelia Perhubungan DUN Parlimen Pasir Salak En.Azmi Ismail dan Pn.Aishah Zakaria.




Selasa, 2 Jun 2015

HARI POTENSI KANAK KANAK TABIKA KEMAS ZON C


Pada Selasa 2 jun 2015, telah berlangsung hari potensi kanak kanak tabika Kemas Zon C. Majlis yang berlangsung di Padang Awam Majlis Daerah Perak Tengah Kg.Gajah ini telah disempurnakan majlis penutupan nya oleh Y.B Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

Zon C terdiri daripada empat Parlimen iaitu Parlimen Pasir Salak, Parlimen Lumut, Parlimen Parit dan Parlimen Beruas. Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Parlimen Lumut sementara Parlimen Pasir Salak menjadi Naib Johan.


Selasa, 19 Mei 2015

BENGKEL KEIBUBAPAAN UNIT PRASEKOLAH KEMAS PASIR SALAK


Pada hari Isnin 18 Mei 2015 bertempat di Dewan Kampung SC Air Hitam,Changkat Jong telah berlangsung Program bengkel keibubapaan unit prasekolah KEMAS Parlimen Pasir Salak. Bengkel ini telah melibatkan semua taska dan tabika di seluruh Dun Sg.Manik.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.BHG. Dato' Hj. Ibrahim Bin Katop Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

Pelbagai aktiviti diadakan dalam bengkel ini antaranya pertandingan menbuat sandwhich, Salad buah buahan dan murtabak cheese craker. Majlis ini diakhiri dengan Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khodir.




Jumaat, 15 Mei 2015

REKACIPTA BUNGA DARI SUDU PLASTIK


Pada Jumaat 15 May 2015 Unit BPM Kemas Kampong Gajah telah mengadakan bengkel Dwi mingguan bertempat di Pusat Masakan, Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kg.Gajah. Dalam bengkel ini Penyelia unit BPM Kemas Kg.Gajah iaitu Pn.Siti Azizah Ya'akob telah menjadi tenaga pengajar bagi satu rekacipta membuat bunga gubahan menggunakan sudu plastik.

antara bahan bahan yang perlu untuk menghasilkan bunga plastik ini ialah :

1. Gunting
2. Glue Gun
3. Sudu Plastik
4. Dawai


Khamis, 14 Mei 2015

TAZKIRAH ''HARI IBU''


Pada 14 May 2015 bertempat di kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kemas Kg.Gajah telah berlangsung satu tazkirah yang bertajuk "Ibu Permata Hati''. Program anjuran Kelas PKK Kg.Gajah ini diadakan bersemperna sambutan hari ibu yang lalu.

Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustazah Fauziah Sohor mantan Pemaju Masyarakat Bina Insan. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yassin ini dihadiri oleh kaum ibu terdiri daripada masyarakat setempat, majlis diakhiri dengan jamuan ringan.




Rabu, 13 Mei 2015

"BALAI GAMBANG" KEUNIKAN PERTABALAN SULTAN PERAK


Pasir Salak, Rabu, 13 May 2015 pada jam 9 pagi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah mencemar duli menaiki Balai Gambang menyusuri sungai Perak dari Pasir Salak hingga ke Teluk Intan.

Sepanjang perjalanan ke Teluk Intan Baginda Sultan akan menziarah Beberapa buah makam yg terletak di tepi sungai Perak antaranya ialah.

1) Makam Sultan Shahabuddin Riayat Shah Sultan 
    Perak ke 21
2) Makam Sultan Iskandar Dzulkarnain
    Sultan Perak ke 15
3) Sultan Abdullah Muhammad (i)
    Sultan Perak ke 22

Semua rakyat Perak khususnya yang tinggal di Pasir Salak dan Teluk intan sangat teruja melihat keluarga Diraja Perak ini menaiki kenderaan khas yang diberi Nama Balai Gambang ini.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU






Selasa, 12 Mei 2015

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DI KG.GAJAH


Pada 12 May 2015 DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menziarah makam di raja di Kg Jawa Kg Gajah. Terdapat 3 Makam iaitu
1. Sultan Ahmad Tajuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah I (Marhum Muda) Sultan Perak ke 3 tahun 1577 - 1584
2. Sultan Mahmud Iskandar Shah (Marhum Besar Auliaallah) Sultan Perak ke 11 tahun 1653-1720

3. Sultan Alauddin Mughayat Shah Sultan Perak ke 12 tahun 1720 – 1728
Upacara menziarahi makam ini adalah sebahagian daripada majlis pertabalan Sultan Perak ke 35. Masyarakat kampong sekitar kg gajah merasa begitu teruja dengan kehadiran pasangan diraja ini.
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU




Khamis, 16 April 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENOLONG PENDAFTAR PEMILIH


Pada 13 April 2015 yang lalu telah berlangsung majlis penyampaian watikah penolong pendaftar pemilih jabatan kerajaan (JKKK) negeri Perak peringkat Parlimen Pasir Salak. majlis yang diadakan di dewan Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kg.Gajah. Penyelia kanan kemas kg.gajah iaitu EN.Nasurunnasir bin Hj.Alias yang mewakili Pegawai Kemas Daerah Perak tengah telah menyempurnakan majlis ini.

Seramai 18 orang ketua ketua kampong seluruh parlimen pasir salak telah dilantik untuk menjadi penolong pendaftar pemilih ini.Turut hadir ke majils ini ialah wakil dari SPR.




Mesyuarat JKPP bil 2/2015 KEMAS Negeri Perak


Selasa, 14 april 2015, bertempat di UiTM sg.galah Kampong Gajah KEMAS negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat JKPP bil 2/2015 KEMAS negeri perak. Mesyuarat yang diadakan ini telah menjemput ahli parlimen Pasir Salak Datuk seri Tajuddin Abd Rahman yang juga Timb Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia dan Adun kg.gajah YB.Abdullah Fauzi bin Datuk Hj.Ahmad Razali.

Memetik ucapan dari Datuk Seri, beliau amat menghargai dan berterima kasih atas peranan serta kerjasama yang diberikan oleh KEMAS khususnya dalam usaha membangunkan masyarakat serta melahirkan modal insan yang berkualiti.

Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris Bin Hj Ahmad Nawawi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk seri Tajuddin Abd Rahman dan YB.Abdullah Fauzi kerana sudi hadir ke majlis tersebut.
 



Rabu, 25 Mac 2015

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER PASIR SALAK


Pada Jumaat 13 Mac 2015 yang lalu bertempat di Pusat Sumber Kg.Gajah Pasir Salak telah diadakan program gotong royong membersihkan kelas pusat sumber dan kawasan sekitarnya. Gotong royong ini dilakukan bagi tujuan membersihkan kembali pusat sumber ini akibat dilanda banjir.

Program ini melibatkan unit Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Pasir Salak. Turut serta dalam program ini ialah Puan Normalina Manap Pegawai Kemas Daerah Perak Tengah, En Nasurunnasir Hj.Alias Penyelia Kanan Kemas Kg.Gajah dan semua penyelia penyelia Kemas Kg.Gajah.

Kelas pusat sumber ini telah beroperasi semula dengan kehadiran Pemaju Masyarakat Pusat sumber yang baharu iaitu En.Dhiyaurrahman bin Norazlan. Dengan aktiviti gotong royong ini dapatlah menceriakan pusat sumber ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke pusat sumber Kemas Kg.gajah ini.


Selasa, 17 Mac 2015

MESYUARAT AGONG KEMAS ZON C PARLIMEN PASIR SALAK


Pada hari Khamis 12 Mac 2015 yang lalu bertempat di dewan serbaguna Felcra Seberang Perak telah berlangsung Mesyuarat Agong Tabika KEMAS Seberang Perak. Majlis ini dirasmikan oleh En.Mokhtar bin Idris Pegawai Penyelaras Bakti Parlimen Pasir Salak.

Mesyuarat ini melibatkan semua kelas Tadika dan Taska di seluruh kawasan seberang perak.Turut hadir dalam majlis ini En saad harun Pengerusi Lembaga Pengarah PPK dan En.Razali Yahya Pengerui Tadika Zon C.


Majlis ini diakhiri dengan sesi ceramah GST oleh En.Azmi Ismail Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Parlimen Pasir Salak.