KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Selasa, 20 Januari 2015

MISI KEMANUSIAAN PASCA BANJIR KEMAS PASIR SALAK

Misi bantuan kemanusiaan  pasca banjir kemas parlimen pasir salak diteruskan lagi. Hari ini pada pukul 9.00 pagi tadi skuad yang diketuai oleh Puan Normalina bt Manap pegawai kemas daerah perak tengah dibantu oleh penyelia kanan kemas kg.gajah En.Nasurunnasir Hj.Alias dan semua penyelia penyelia pelbagai jurusan turun padang membantu membersihkan rumah salah seorang kakitangan pejabat kemas kg.gajah iaitu en.johari Pm GDW.

Program ini juga disertai oleh pemaju masyarakat dari unit BPM, menurut Pn.Normalina belia berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh penyelia penyelia dan semua pemaju masyarakat yang sudi hadir membantu menjayakan program kemanusiaan ini. Beliau juga berharap agar mangsa mangsa yang terlibat dengan musibah banjir ini terus tabah.



Khamis, 15 Januari 2015

SUKARELAWAN BENAR BENAR BERSIH DI KAMPONG GAJAH



Bencana banjir yang berlaku di pasir salak terus mendapat perhatian masyarakat, terbaru semalam berlangsungnya program pasca banjir "sukarelawan benar benar bersih". Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Yb Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman, turut serta dalam majlis ini ialah Adun Kg.Gajah Yb.Abdullah Fauzi.

Program anjuran pejabat UMNO parlimen pasir salak ini mendapat kerjasama daripada badan badan kerajaan dan NGO antaranya KEMAS,RELA,LAP,JPS,JKR,MDPT,IM4U,Politeknik dan beberapa agensi lain.Program ini diadakan bertujuan membersihkan kawasan kawasan kampong serta perumahan di sekitar kawasan kg.gajah.

 

Selasa, 13 Januari 2015

Sukarelawan MPTI membantu KEMAS Pasir Salak



Berat sama dipikul ringan sama dijinjing itulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan keadaan di tabika KEMAS kg.gajah 1 ini. Kehadiran Skuad Sukarelawan Majlis Perbandaran Teluk Intan MPTI membantu membersihkan kawasan luar serta dalam kelas Tabika ini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan proses pembersihan kelas tabika tersebut kerana pada ketika ini sesi pembelajaran kanak kanak tabika ini dipindahkan di dewan yang terletak bersebelahan dengan kelas tabika asal.

Terima kasih kerana sudi datang membantu melakukan kerja kerja pembersihan tabika ini, Diharap selepas ini dapatlah anak anak tabika kg gajah 1 ini meneruskan pembelajaran mereka di kelas asal dalam keadaan selesa.

kepada semua sukarelawan hanya allah sahaja dapat membalas jasa anda semua dan diharap kerjasama yg baik ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

keadaan sebahagian peralatan kelas yang terjejas akibat banjir, ada yang masih boleh digunakan lagi tetapi kebanyakan nya rosak akibat lama terendam di dalam air banjir.