KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Rabu, 25 Mac 2015

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER PASIR SALAK


Pada Jumaat 13 Mac 2015 yang lalu bertempat di Pusat Sumber Kg.Gajah Pasir Salak telah diadakan program gotong royong membersihkan kelas pusat sumber dan kawasan sekitarnya. Gotong royong ini dilakukan bagi tujuan membersihkan kembali pusat sumber ini akibat dilanda banjir.

Program ini melibatkan unit Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Pasir Salak. Turut serta dalam program ini ialah Puan Normalina Manap Pegawai Kemas Daerah Perak Tengah, En Nasurunnasir Hj.Alias Penyelia Kanan Kemas Kg.Gajah dan semua penyelia penyelia Kemas Kg.Gajah.

Kelas pusat sumber ini telah beroperasi semula dengan kehadiran Pemaju Masyarakat Pusat sumber yang baharu iaitu En.Dhiyaurrahman bin Norazlan. Dengan aktiviti gotong royong ini dapatlah menceriakan pusat sumber ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke pusat sumber Kemas Kg.gajah ini.


Selasa, 17 Mac 2015

MESYUARAT AGONG KEMAS ZON C PARLIMEN PASIR SALAK


Pada hari Khamis 12 Mac 2015 yang lalu bertempat di dewan serbaguna Felcra Seberang Perak telah berlangsung Mesyuarat Agong Tabika KEMAS Seberang Perak. Majlis ini dirasmikan oleh En.Mokhtar bin Idris Pegawai Penyelaras Bakti Parlimen Pasir Salak.

Mesyuarat ini melibatkan semua kelas Tadika dan Taska di seluruh kawasan seberang perak.Turut hadir dalam majlis ini En saad harun Pengerusi Lembaga Pengarah PPK dan En.Razali Yahya Pengerui Tadika Zon C.


Majlis ini diakhiri dengan sesi ceramah GST oleh En.Azmi Ismail Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Parlimen Pasir Salak.

Selasa, 10 Mac 2015

Komuniti Sihat Kg,Jawa Pasir Salak


pada hari Ahad 1 Mac 2015 yang lalu bertempat di perkarangan surau Kampong Jawa Pasir Salak telah berlangsung program komuniti sihat perkasa negara KOSPEN. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan antaranya senaman pagi dan walk for Fun.

Majlis ini telah dirasmikan Oleh Dr.Nurhuda pegawai kesihatan Kelinik Kg.Gajah. Dr.Nurhuda dalam ucapannya berbangga dengan sambutan serta kerjasama yang diberikan oleh masyarakat kampong jawa. Diharapkan agar aktiviti sihat seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan.

aktiviti Walk For Fun yang disertai oleh kanak kanak dan golongan wanita