KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Isnin, 16 November 2015

CERAMAH MAAL HIJRAH


Pada 9 November 2015 yang  lalu bertempat di Dewan Orang Ramai serbaguna kampung Tanjung Sari telah berlangsung ceramah Maal Hijrah 27 Muharram 1437 Hijrah. Majlis anjuran Bahagian Kerohanian KEMAS Parlimen Pasir Salak ini telah mendapat kerjasama dari JKKK kampung Tanjung Sari.

Ceramah Maal Hijrah tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Rusimah Penyelia Bahagian Kerohanian KEMAS Parlimen Pasir Salak.


Khamis, 29 Oktober 2015

BENGKEL DASAR PELAN STRATEGIK KEMAS ZON D


Bertempat di Dewan Iltizam Institut Latihan Kemahiran KEMAS Seri Iskandar pada hari Sabtu 17 Oktober yang lalu telah diadakan Bengkel Dasar Dan Pelan Strategik KEMAS ZON D. Bengkel ini telah menggabungkan empat Parlimen iaitu Parlimen Pasir Salak, Parlimen Parit, Parlimen Lumut dan Parlimen Beruas.

Majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran Pengarah KEMAS Negeri Perak Tuan Ahmad Kamal Idris Bin Haji Mohd Nawawi. Turut hadir dalam majlis ini ialah Puan Normalina Manap Pegawai KEMAS Daerah Perak Tengah selaku tuan rumah.




KURSUS PENYEMBELIHAN BAHAGIAN KEROHANIAN KEMAS PASIR SALAK


Pada 29 Oktober 2015 bertempat di Dewan JKKK Kampong Permatang Pelanduk telah diadakan kursus penyembelihan anjuran Bahagian Kerohanian KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis ini telah dirasmikan oleh YG.BHG. Dato Hj.Ibrahim Bin Katop Timbalan ketua UMNO Bahagian Pasir Salak merangkap pegawai khas Timbalan Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani Malaysia.

Kursus penyembelihan ini diketuai oleh Ustaz Fakharuddin Bin Hasan Basri pembantu Hal Ehwal Islam Jabatan Agama Islam Perak. Dalam program ini juga telah diadakan ceramah Halal Haram Pemakanan yang disampaikan oleh Ustaz Yusri Bin Abd Rani Penolong Pegawai Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak.



Selasa, 6 Oktober 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN KEMAS FC DAN MDPT FC

Pada 6 Oktober 2015 bertempat di Stadium Mini Parit telah diadakan perlawanan persahabatan antara pasukan KEMAS FC menentang pasukan MDPT FC perlawanan yang bermula pada Jam 5 petang ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara Jabatan KEMAS dan Pihak berkuasa tempatan.

Pasukan KEMAS mendahului 2 1 di separuh masa pertama, dalam separuh masa kedua pasukan MDPT berjaya menyamakan jaringan. Keputusan seri 2 sama kekal sehingga wisel penamat


Rabu, 30 September 2015

ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1 MALAYSIA KG.SELAT PULAU



Pada 9 September 2015 Kampong Selat Pulau Kg.Gajah telah terpilih untuk menyertai pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1 Malaysia (ADS1M). Kampong ini merupakan Johan ADS1M peringkat Daerah Perak Tengah.

Seramai sepuluh orang juri yang mewakili pelbagai agensi telah hadir untuk membuat penilaian keatas kampong ini, Juri juri ini telah disambut dengan meriah oleh JKKK kampong serta penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pertanian Dan Industeri Asas Tani yang Juga Ahli Parlimen Pasir Salak Dato Sri Tajuddin Abdul Rahman turut hadir bagi memeriah kan lagi majlis.

 


FESTIVAL RAKYAT PASIR SALAK


Pada 4 hingga 5 September yang lalu bertempat di Litar Dato Sagor,Kampong Gajah telah diadakan Festival Rakyat Pasir Salak. Pelbagai acara menarik diadakan di sini, tidak ketinggalan untuk menjayakan program ini ialah KEMAS Parlimen Pasir Salak,

Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak telah dijemput menjadi tenaga pengajar bagi mengadakan Demonstrasi masakan berasaskan ikan air tawar.

Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Diraja Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.


Rabu, 24 Jun 2015

PROGRAM K.KOMUNITI SG.TUNGKU


Program K.Komuniti Parlimen Pasir Salak diteruskan lagi hari ini. Bertempat di Dewan orang ramai Kampong Sg.Tungku Kg.Gajah Perak telah diadakan demonstrasi membuat kuih raya serta sembang santai. Pn.Siti Azizah Yaakob Penyelia unit BPM KEMAS kg.gajah telah menjadi tenaga pengajar dalam program ini.

Turut hadir ke majlis ini ialah Pn.Normalina Manap PKD Daerah Perak Tengah dan En.Nasurunnasir Alias Penyelia Kanan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir..