KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Rabu, 10 Disember 2014

SESI TEMUDUGA DAN PENILAIAN SKT & LNPT KAKITANGAN KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

panel penemuduga terdiri dari penyelia kanan dan penyelia pelbagai jurusan. panel 1 terdiri daripada en.nasurunnasir,Pn.siti azizah dan Pn.aishah manakala panel 2 terdiri daripada En.azmi dan Pn.rosni harun

Isnin, 8 Disember 2014 bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS kampong gajah telah berlangsung sesi temuduga untuk semua Pemaju Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak. seramai 75 orang Pemaju Masyarakat pelbagai jurusan telah hadir untuk di temuduga oleh panel penemuduga yang terdiri daripada Penyelia kanan dan penyelia penyelia pelbagai jurusan.

sesi temuduga ini diadakan dalam dua sesi, iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi melibatkan pemaju masyarakat Bina insan,PKK,PK,GDW dan PLK manakala sesi petang melibatkan pemaju masyarakat Tadika dan Taska.

Gmbar panel penilai sedang menemuduga pemaju masyarakat dan sebahagian pemaju masyarakat yang berdebar menunggu giliran untuk ditemuduga.

 

Selasa, 2 Disember 2014

PEMANTAUAN PENILAIAN PM PKK

Pemantauan Penilaian Pemaju Masyarakat PKK kelas Bukit Chawi Kg.Gajah
Pada 27 November 2014 yang lalu kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Bukit Chawi Kampong Gajah telah menerima kunjungan dari penyelia-penyelia unit BPM KEMAS dari beberapa Parlimen lain.

Lawatan ini diadakan bertujuan bagi memberi penilaian kepada Pn. Fatimah Bt Mat Yunos pemaju masyarakat Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Parlimen Pasir Salak.

banyak aktiviti yang dilakukan di kelas berkenaan antaranya demonstrasi jahitan manik, membuat kuih tradisional dan belajar teknik gubahan hantaran perkahwinan, peserta peserta terdiri daripada masyarakat setempat.


Setiap aktiviti yang dilakukan bertujuan bagi mendidik masyarakat mempelajari kemahiran kemahiran yang boleh membantu memberi pendapatan tambahan kepada mereka.

Khamis, 20 November 2014

Jamuan perpisahan akhir tahun Taska Permata KEMAS Felcra Seberang Perak


Khamis, 20 November 2014. Bertempat di TASKA Permata KEMAS Felcra Seberang Perak telah berlangsung majlis jamuan perpisahan akhir tahun. Majlis yang diadakan pada jam 3.30 petang ini telah dirasmikan oleh pengerusi TASKA Permata KEMAS Felcra Seberang Perak iaitu En. Mohammad Razali Bin Yahya.

Majlis ini juga turut menjemput ibu bapa kanak kanak bagi memeriah kan lagi majlis.Semua guru guru TASKA Permata KEMAS seberang Perak mengucapkan selamat maju jaya kepada semua anak anak Taska yang bakal meninggalkan Taska pada tahun ini, semoga ilmu yang diberi selama belajar di Taska ini dapat digunakan di masa hadapan.

Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran hadiah dan jamuan makan

Rabu, 22 Oktober 2014

PROGRAM DISKUSI ILMIAH KELAS BINA INSAN


Pada 22 Oktober 2014  telah berlangsung satu majlis ilmu anjuran kelas Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis yang diadakan di Surau Taman Changkat Lada Raya ini telah menarik kehadiran lebih 50 orang terdiri daripada qariah-qariah surau tersebut dan masyarakat setempat.

Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini dimulakan dengan majlis bacaan Yassin dan di susuli dengan ceramah agama bertajuk ''Sayang Suami Isteri Till Jannah". Ceraman ini telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak Iaitu Ustazah Salina Abdul Aziz. Majlis ini diakhiri dengan penerangan isu semasa yang disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO. Rata-rata peserta yang hadir menyambut baik program seperti ini dan mengharapkan program ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.


      ustazah Salina memberikan ceramah "Sayang Suami Isteri Till Jannah". Turut hadir Penyelia Bina Insan KEMAS            Pasir Salak Ustazah Rusimah Jaafar

Ahad, 19 Oktober 2014

MAJLIS PELANCARAN KOSPEN KG.GAJAH





Ahad 19 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Adun Kg.Gajah telah berlangsung majlis pelancaran program komuniti sihat perkasa negara KOSPEN peringkat DUN Kg.Gajah. Program ini melibatkan empat buah kampong iaitu  Kampong Air Kuning, Kg.Jawa, Kg.Bendang Besar dan Kg. Makmur.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Adun Kg.Gajah iaitu Tn.Hj.Abdullah Fauzi Bin Dato'Ahmad Razali. Beberapa agensi turut terlibat menjayakan majlis ini antaranya KEMAS,KKM,RELA dan PDRM

antara aktiviti yang dilakukan adalah Fun Walk dan pemeriksaan kesihatan percuma



Ahad, 12 Oktober 2014

KEMPEN "JOM TINGKATKAN HASIL & KUALITI PADI" !!!


Pada 11 Oktober 2014 yang lalu bertempat di PPK Sg.Manik telah berlangsung satu majlis pelancaran kempen peningkatan hasil dan kualiti padi. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak iaitu Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman.

Kempen ini melibatkan petani petani di kawasan sekitar Sungai Manik, Labu Kubung dan Seberang Perak, semoga dengan pelancaran kempen ini petani petani di kawasan terlibat dapat meningkatkan hasil kualiti pertanian sekaligus dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Khamis, 9 Oktober 2014

MESYUARAT PELANCARAN KOSPEN KAMPONG GAJAH


Mesyuarat majlis pelancaran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) ini telah diadakan di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat PKM KEMAS Kampong Gajah. Mesyuarat ini dihadiri Oleh Ketua-ketua kampong yang terlibat iaitu Kampong Air Kuning, Kg.Jawa, Kg.Bendang Besar dan Kg. Makmur.

Majlis yang Dipengerusikan Oleh Penyelia Kanan Kemas Pasir Salak iaitu En.Nasurunnasir bin Hj.Alias ini turut menjemput Ketua-ketua Jabatan Agensi-agensi yang terlibat antara yang hadir ialah Dr.Nurhuda pegawai kesihatan Kelinik Kg.Gajah dan Tn.Joharizal Ketua Balai Polis Kg.Gajah.

Antara Wakil-wakil Agensi yang hadir dan Ketua-ketua kampong

Selasa, 7 Oktober 2014

MAJLIS PENYERAHAN DEWAN BARU DAN PELANCARAN KOSPEN KG PASIR PUTIH, KG GAJAH


Kampong Gajah, Selasa 7 Oktober 2014, bertempat di dewan orang ramai kampong Pasir Putih Dun Kg.Gajah telah berlangsung majlis penyerahan kunci dewan baru untuk kampong tersebut. Majlis penyerahan dewan baru ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak YB Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman. Turut berlangsung serentak dengan majlis ini ialah majlis pelancaran  KOSPEN dan majlis ramah mesra aidil adha.
Yb Tn.Hj Abdullah Fauzi ADUN Kampong Gajah serta Dato' Hj Ibrahim Katop Timbalan ketua UMNO Bahagian juga turut hadir dalam majlis ini.

seramai dua puluh empat orang sukarelawan KOSPEN yang diketuai oleh Dr. Rajini pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Changkat Lada telah memberi pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampong Pasir Putih serta pengunjung yang hadir.

Isnin, 6 Oktober 2014

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN DAN KENDURI KAMPONG

Kampong Gajah, Selasa 7 Oktober 2014, bertempat di Dewan JKKK Matang Tok Embin, Kampong Gajah telah berlangsung majlis Sambutan Hari Raya Korban dan kenduri kampong. Majlis ini telah dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak.



Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Y.B Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman telah menyumbangkan seekor lembu untuk dikorban. daging lembu ini telah diagihkan kepada penduduk kampong. Y.B Dato' Dr.Wan Nor Ashikin ketua Wanita Bahagian Pasir Salak telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada penduduk yang layak menerima nya.

Selasa, 30 September 2014

KUMPULAN KOMPANG TABIKA KEMAS KG.GAJAH DI ANGSANA MALL IPOH


Pada Ahad 28.09.2014 yang lalu pasukan Kompang kanak kanak Tabika Kemas daerah Kampong Gajah telah menerima jemputan untuk membuat persembahan pada hari Promosi Kraf Malaysia 2014 yang berlangsung di Angsana Mall Ipoh.

Pasukan Kompang ini yang terdiri daripada kanak kanak Tabika KEMAS Felcra Seberang Perak, Tabika Sg.Kerang,Tabika Sg.Galah,Tabika Bukit Chawi Dan Tabika Changkat Lada ini juga merupakan Juara Pertandingan kompang pada Hari Potensi Kanak kanak Tabika KEMAS peringkat Negeri yang berlangsung di MRSM Parit baru baru ini.


Menurut Penyelia PPMS KEMAS Kampong Gajah iaitu Pn.Rosni bt Harun beliau melihat penyertaan kanak kanak Tabika di Promosi Hari Kraf ini sebagai satu pendedahan pada kanak kanak ini kerana selepas ini pasukan kompang KEMAS Daerah Kampong Gajah ini akan mewakili KEMAS Perak pada pertandingan Hari Potensi Kanak kanak Tabika peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan nanti.

Khamis, 28 Ogos 2014

PELANCARAN KOSPEN KLINIK KESIHATAN ULU DEDAP DAN INFO K1M MUKIM PASIR SALAK 2014

Pada 26 Ogos 2014 yang lalu telah berlangsung majlis pelancaran KOSPEN Klinik kesihatan Ulu Dedap dan info K1M Mukim Pasir Salak 2014. Majlis ini telah diadakan di perkarangan mini RTC Kampong
Gajah, Majlis ini telah dirasmikan oleh En.Nasurunnasir bin Hj. Alias Penyelia Kanan Kemas Kampong Gajah yang mewakili YB Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

Majlis ini turut dihadiri oleh En.Jazuli bin Ibrahim Penghulu Mukim, Dokter Klinik Kesihatan Ulu Dedap
Dr.Nor Arfizah bt Nor Azam dan pegawai tadbir agama Kg.Gajah Ustaz Abdul Halim Matsaman.


Pada program ini Klinik kesihatan Ulu Dedap telah mengadakan pemeriksaan percuma kepada penduduk tempatan serta pertandingan mewarna kanak kanak tabika dan taska KEMAS semperna bulan Kemerdekaan.

Selasa, 19 Ogos 2014

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERDANA PERINGKAT DAERAH KECIL KAMPONG GAJAH TAHUN 2014

Majlis sambutan Hari Raya ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, MDPT Kg.Gajah majlis ini telah dirasmikan oleh YB.Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

dalam majlis ini Dato'Tajuddin juga telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak serta warga emas yang hadir di majlis ini.

Khamis, 19 Jun 2014

PROGRAM CERAMAH WANITA DAN KESIHATAN

 
gambar sekitar program berlangsung

Pada  17 jun 2014 yang lalu bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Kampong Gajah telah berlangsung satu program ceramah kesihatan anjuran Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak.

Program sehari ini turut mendapat kerjasama dari jabatan kesihatan Kampong Gajah. Majlis yang dirasmikan oleh Penyelia Kanan KEMAS Kampong Gajah ini turut mengundang penceramah jemputan iaitu  Dr.Nor Huda Binti Rifai pegawai perubatan klinik kesihatan Kampong Gajah.



Ahad, 11 Mei 2014

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL TABIKA&TASKA KEMAS ZON C KG.GAJAH



Majlis Makan Malam Amal anjuran Jawatankuasa TBK&TASKA KEMAS Zon C Kg Gajah bertujuan utk mengeratkan hubungan silatulrahim antara KEMAS, pemimpin2 tempatan, AJK aktiviti KEMAS &ibubapa serta Mengisi dana utk pelaksanaan aktiviti. 

Majlis yang diadakan di Dewan FELCRA Seberang Perak ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Abdullah Fauzi ADUN Kg Gajah , turut hadir Pengarah KEMAS Perak & Ybhg Dato' Ibrahim Katob Pegawai Khas kpd Timb Menteri/Timb Ketua UMNO Bhg Pasir Salak, Ybhg Dr Faisal b Dato' Tajudin Ketua PEMUDA UMNO Pasir Salak. 

Terdapat 13 Tabika dan 1 Taska di dalam Zon C Kg Gajah. Semoga usaha serta kerjasama yang baik ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.


Rabu, 23 April 2014

MAJLIS PERASMIAN PERAK AGRO MILLS SDN BHD KG.GAJAH


Pada 24 April 2014 bertempat di Pulau Tiga Kg.Gajah telah berlangsung majlis perasmian PERAK AGRO MILLS SDN BHD. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato' Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir

Ketibaan Y.A.B Menteri Besar telah disambut oleh Yb Tuan Hj Abdullah Fauzi ADUN kawasan KG.Gajah.

PERAK AGRO MILLS SDN BHD merupakan sebuah kilang memproses buah kelapa sawit, kilang yang terletak di Pulau Tiga Kg.Gajah ini telah banyak memberi peluang pekerjaan khusus nya penduduk setempat.



Selasa, 8 April 2014

MESYUARAT AGONG TAHUNAN BINA INSAN KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK






            Pada 26 Mac 2014 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan unit Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis yang berlangsung di Dewan Sebnaguna Kg.Tanjung Sari ini telah dirasmikan oleh Penyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan DUN Kampong Gajah En.Azmi Bin Ismail.

           Majlis yang dihadiri oleh Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak ini turut diserikan dengan kehadiran Exco Wanita Bahagian Pasir Salak iaitu Pn.Khairiah Bt. Abdul Manan.Majlis ini jga turut mengundang Ketua Kampong Tanjung Sari Haji Saiful Bahari B. Ismon dan Ketua Kampong Tapak Semenang En.Mohd Hayat B. Omar.

En.Azmi Ismail menyampaikan ceramah berkaitan GST sekaligus merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak.




  

Isnin, 7 April 2014

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN

PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN


Pada bulan Februari 2014 yang lalu bertempat di Dewan PPK Kampong Sungai Timah telah berlangsung majlis PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PEMIMPIN. Program ini telah dirasmikan oleh  Yb Tn Hj Abdullah Fauzi Dato Hj Ahmad Razali Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kampong Gajah.

Dalam ucapan ringkasnya Yb Tn Hj Abdullah Fauzi telah menerangkan isu berkaitan GST dan perkembangan isu semasa, harapan beliau agar penduduk Kampong Sungai Timah tidak mudah terpedaya dengan berita berita palsu serta pelbagai tuduhan palsu yg dilemparkan oleh pembangkang kepada pihak kerajaan. 


gambar sebahagian dari penduduk yang hadir, turut serta dalam majlis ini ialah Pegawai Pejabat Daerah Dan Tanah Kg Gajah, En.Harun bin Nayan, En. Mat Radhi bin Abu Bakar Ketua Kampong Sungai Jejawi dan Ketua Wanita Kampong Sungai Timah Pn. Rokiah Bt Nayan serta JKKK Kampong Sg. Timah.

PROGRAM PERGIGIAN KANAK KANAK TABIKA KEMAS KG PASIR SALAK & SEKOLAH KEBANGSAAN TOK PELITA

PROGRAM PERGIGIAN KANAK KANAK TABIKA KEMAS KG PASIR SALAK & SEKOLAH KEBANGSAAN TOK PELITA


Pada Dua April 2014 yang lalu satu Program pergigian telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Tok Pelita, Program anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah menggabungkan peserta dari Sekolah Kebangsaan Tok Pelita dan Tabika Kemas Kg Pasir Salak.

Tujuan Progran ini diadakan supaya dapat mendidik kanak kanak supaya mereka tahu akan kepentingan menjaga gigi bermula dari usia muda.


Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tok Pelita, turut serta dalam Program selama sehari ini ialah Wakil dari Tabika KEMAS serta Guru guru Sekolah Kebangsaan Tok Pelita.