KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Rabu, 22 Oktober 2014

PROGRAM DISKUSI ILMIAH KELAS BINA INSAN


Pada 22 Oktober 2014  telah berlangsung satu majlis ilmu anjuran kelas Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis yang diadakan di Surau Taman Changkat Lada Raya ini telah menarik kehadiran lebih 50 orang terdiri daripada qariah-qariah surau tersebut dan masyarakat setempat.

Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini dimulakan dengan majlis bacaan Yassin dan di susuli dengan ceramah agama bertajuk ''Sayang Suami Isteri Till Jannah". Ceraman ini telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak Iaitu Ustazah Salina Abdul Aziz. Majlis ini diakhiri dengan penerangan isu semasa yang disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO. Rata-rata peserta yang hadir menyambut baik program seperti ini dan mengharapkan program ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.


      ustazah Salina memberikan ceramah "Sayang Suami Isteri Till Jannah". Turut hadir Penyelia Bina Insan KEMAS            Pasir Salak Ustazah Rusimah Jaafar

Ahad, 19 Oktober 2014

MAJLIS PELANCARAN KOSPEN KG.GAJAH





Ahad 19 Oktober 2014 bertempat di perkarangan Pusat Khidmat Adun Kg.Gajah telah berlangsung majlis pelancaran program komuniti sihat perkasa negara KOSPEN peringkat DUN Kg.Gajah. Program ini melibatkan empat buah kampong iaitu  Kampong Air Kuning, Kg.Jawa, Kg.Bendang Besar dan Kg. Makmur.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Adun Kg.Gajah iaitu Tn.Hj.Abdullah Fauzi Bin Dato'Ahmad Razali. Beberapa agensi turut terlibat menjayakan majlis ini antaranya KEMAS,KKM,RELA dan PDRM

antara aktiviti yang dilakukan adalah Fun Walk dan pemeriksaan kesihatan percuma



Ahad, 12 Oktober 2014

KEMPEN "JOM TINGKATKAN HASIL & KUALITI PADI" !!!


Pada 11 Oktober 2014 yang lalu bertempat di PPK Sg.Manik telah berlangsung satu majlis pelancaran kempen peningkatan hasil dan kualiti padi. Majlis yang meriah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak iaitu Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman.

Kempen ini melibatkan petani petani di kawasan sekitar Sungai Manik, Labu Kubung dan Seberang Perak, semoga dengan pelancaran kempen ini petani petani di kawasan terlibat dapat meningkatkan hasil kualiti pertanian sekaligus dapat meningkatkan hasil pendapatan mereka.

Khamis, 9 Oktober 2014

MESYUARAT PELANCARAN KOSPEN KAMPONG GAJAH


Mesyuarat majlis pelancaran Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) ini telah diadakan di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat PKM KEMAS Kampong Gajah. Mesyuarat ini dihadiri Oleh Ketua-ketua kampong yang terlibat iaitu Kampong Air Kuning, Kg.Jawa, Kg.Bendang Besar dan Kg. Makmur.

Majlis yang Dipengerusikan Oleh Penyelia Kanan Kemas Pasir Salak iaitu En.Nasurunnasir bin Hj.Alias ini turut menjemput Ketua-ketua Jabatan Agensi-agensi yang terlibat antara yang hadir ialah Dr.Nurhuda pegawai kesihatan Kelinik Kg.Gajah dan Tn.Joharizal Ketua Balai Polis Kg.Gajah.

Antara Wakil-wakil Agensi yang hadir dan Ketua-ketua kampong

Selasa, 7 Oktober 2014

MAJLIS PENYERAHAN DEWAN BARU DAN PELANCARAN KOSPEN KG PASIR PUTIH, KG GAJAH


Kampong Gajah, Selasa 7 Oktober 2014, bertempat di dewan orang ramai kampong Pasir Putih Dun Kg.Gajah telah berlangsung majlis penyerahan kunci dewan baru untuk kampong tersebut. Majlis penyerahan dewan baru ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak YB Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman. Turut berlangsung serentak dengan majlis ini ialah majlis pelancaran  KOSPEN dan majlis ramah mesra aidil adha.
Yb Tn.Hj Abdullah Fauzi ADUN Kampong Gajah serta Dato' Hj Ibrahim Katop Timbalan ketua UMNO Bahagian juga turut hadir dalam majlis ini.

seramai dua puluh empat orang sukarelawan KOSPEN yang diketuai oleh Dr. Rajini pegawai kesihatan dari Klinik Kesihatan Changkat Lada telah memberi pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampong Pasir Putih serta pengunjung yang hadir.

Isnin, 6 Oktober 2014

SAMBUTAN HARI RAYA KORBAN DAN KENDURI KAMPONG

Kampong Gajah, Selasa 7 Oktober 2014, bertempat di Dewan JKKK Matang Tok Embin, Kampong Gajah telah berlangsung majlis Sambutan Hari Raya Korban dan kenduri kampong. Majlis ini telah dianjurkan oleh Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak.



Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Y.B Dato' Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman telah menyumbangkan seekor lembu untuk dikorban. daging lembu ini telah diagihkan kepada penduduk kampong. Y.B Dato' Dr.Wan Nor Ashikin ketua Wanita Bahagian Pasir Salak telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada penduduk yang layak menerima nya.