KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Rabu, 25 Mac 2015

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER PASIR SALAK


Pada Jumaat 13 Mac 2015 yang lalu bertempat di Pusat Sumber Kg.Gajah Pasir Salak telah diadakan program gotong royong membersihkan kelas pusat sumber dan kawasan sekitarnya. Gotong royong ini dilakukan bagi tujuan membersihkan kembali pusat sumber ini akibat dilanda banjir.

Program ini melibatkan unit Bahagian Pendidikan Masyarakat Kemas Parlimen Pasir Salak. Turut serta dalam program ini ialah Puan Normalina Manap Pegawai Kemas Daerah Perak Tengah, En Nasurunnasir Hj.Alias Penyelia Kanan Kemas Kg.Gajah dan semua penyelia penyelia Kemas Kg.Gajah.

Kelas pusat sumber ini telah beroperasi semula dengan kehadiran Pemaju Masyarakat Pusat sumber yang baharu iaitu En.Dhiyaurrahman bin Norazlan. Dengan aktiviti gotong royong ini dapatlah menceriakan pusat sumber ini secara tidak langsung dapat menarik minat masyarakat untuk berkunjung ke pusat sumber Kemas Kg.gajah ini.


Selasa, 17 Mac 2015

MESYUARAT AGONG KEMAS ZON C PARLIMEN PASIR SALAK


Pada hari Khamis 12 Mac 2015 yang lalu bertempat di dewan serbaguna Felcra Seberang Perak telah berlangsung Mesyuarat Agong Tabika KEMAS Seberang Perak. Majlis ini dirasmikan oleh En.Mokhtar bin Idris Pegawai Penyelaras Bakti Parlimen Pasir Salak.

Mesyuarat ini melibatkan semua kelas Tadika dan Taska di seluruh kawasan seberang perak.Turut hadir dalam majlis ini En saad harun Pengerusi Lembaga Pengarah PPK dan En.Razali Yahya Pengerui Tadika Zon C.


Majlis ini diakhiri dengan sesi ceramah GST oleh En.Azmi Ismail Penyelia Pembangunan Desa dan Perhubungan KEMAS Parlimen Pasir Salak.

Selasa, 10 Mac 2015

Komuniti Sihat Kg,Jawa Pasir Salak


pada hari Ahad 1 Mac 2015 yang lalu bertempat di perkarangan surau Kampong Jawa Pasir Salak telah berlangsung program komuniti sihat perkasa negara KOSPEN. Terdapat beberapa aktiviti yang dilakukan antaranya senaman pagi dan walk for Fun.

Majlis ini telah dirasmikan Oleh Dr.Nurhuda pegawai kesihatan Kelinik Kg.Gajah. Dr.Nurhuda dalam ucapannya berbangga dengan sambutan serta kerjasama yang diberikan oleh masyarakat kampong jawa. Diharapkan agar aktiviti sihat seperti ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan.

aktiviti Walk For Fun yang disertai oleh kanak kanak dan golongan wanita



Selasa, 17 Februari 2015

MESYUARAT AGONG TABIKA/TASKA ZON 2 SUNGAI MANIK PARLIMEN PASIR SALAK



Sungai manik Selasa 3 petang, bertempat di Dewan orang ramai, perumahan awam Kg.Belt, Chenderong Balai telah berlangsung majlis pelancaran mesyuarat agong Tabika/Taska KEMAS zon 2 Sungai Manik Parlimen Pasir Salak.

Majlis ini telah telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Dr.Wan Norashikin Bt Wan Noordin ketua wanita UMNO Bahagian Pasir Salak. Turut hadir ke majlis ini ialah Pegawai Kemas Daerah Perak Tengah Puan Normalina Bt Manap

Sebanyak 7 buah Tabika berada dalan Zon 2 Sg.manik ini. Mesyuarat agong ini diadakan bertujuan untuk melantik Pengerusi dan AJK baru untuk Tabika Tabika ini bagi tahun 2015.

Mesyuarat ini diakhiri dengan ceramah penerangan GST oleh En.Azmi Ismail penyelia pembangunan desa dan perhubungan dun kampong gajah

Isnin, 16 Februari 2015

CERAMAH GST DAN MESYUARAT AGONG TADIKA/TASKA ZON A KEMAS KG.GAJAH



Pada 16 Febuari 2015 Bertempat di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kampong Gajah telah berlangsung majlis mesyuarat agong tadika/taska zon A kemas parlimen pasir salak. majlis ini telah dirasmikan oleh Pn.Hjh Normah bt Abd Rashid penyelaras BAIDURI Dun kg.gajah.


majlis ini diakhiri dengan ceramah penerangan GST yang disampaikan oleh penyelia pembangunan desa dan perhubungan dun kampong gajah iaitu En.azmi bin ismail

Selasa, 20 Januari 2015

MISI KEMANUSIAAN PASCA BANJIR KEMAS PASIR SALAK

Misi bantuan kemanusiaan  pasca banjir kemas parlimen pasir salak diteruskan lagi. Hari ini pada pukul 9.00 pagi tadi skuad yang diketuai oleh Puan Normalina bt Manap pegawai kemas daerah perak tengah dibantu oleh penyelia kanan kemas kg.gajah En.Nasurunnasir Hj.Alias dan semua penyelia penyelia pelbagai jurusan turun padang membantu membersihkan rumah salah seorang kakitangan pejabat kemas kg.gajah iaitu en.johari Pm GDW.

Program ini juga disertai oleh pemaju masyarakat dari unit BPM, menurut Pn.Normalina belia berbangga dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh penyelia penyelia dan semua pemaju masyarakat yang sudi hadir membantu menjayakan program kemanusiaan ini. Beliau juga berharap agar mangsa mangsa yang terlibat dengan musibah banjir ini terus tabah.



Khamis, 15 Januari 2015

SUKARELAWAN BENAR BENAR BERSIH DI KAMPONG GAJAH



Bencana banjir yang berlaku di pasir salak terus mendapat perhatian masyarakat, terbaru semalam berlangsungnya program pasca banjir "sukarelawan benar benar bersih". Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak Yb Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman, turut serta dalam majlis ini ialah Adun Kg.Gajah Yb.Abdullah Fauzi.

Program anjuran pejabat UMNO parlimen pasir salak ini mendapat kerjasama daripada badan badan kerajaan dan NGO antaranya KEMAS,RELA,LAP,JPS,JKR,MDPT,IM4U,Politeknik dan beberapa agensi lain.Program ini diadakan bertujuan membersihkan kawasan kawasan kampong serta perumahan di sekitar kawasan kg.gajah.