KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Selasa, 30 September 2014

KUMPULAN KOMPANG TABIKA KEMAS KG.GAJAH DI ANGSANA MALL IPOH


Pada Ahad 28.09.2014 yang lalu pasukan Kompang kanak kanak Tabika Kemas daerah Kampong Gajah telah menerima jemputan untuk membuat persembahan pada hari Promosi Kraf Malaysia 2014 yang berlangsung di Angsana Mall Ipoh.

Pasukan Kompang ini yang terdiri daripada kanak kanak Tabika KEMAS Felcra Seberang Perak, Tabika Sg.Kerang,Tabika Sg.Galah,Tabika Bukit Chawi Dan Tabika Changkat Lada ini juga merupakan Juara Pertandingan kompang pada Hari Potensi Kanak kanak Tabika KEMAS peringkat Negeri yang berlangsung di MRSM Parit baru baru ini.


Menurut Penyelia PPMS KEMAS Kampong Gajah iaitu Pn.Rosni bt Harun beliau melihat penyertaan kanak kanak Tabika di Promosi Hari Kraf ini sebagai satu pendedahan pada kanak kanak ini kerana selepas ini pasukan kompang KEMAS Daerah Kampong Gajah ini akan mewakili KEMAS Perak pada pertandingan Hari Potensi Kanak kanak Tabika peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Kelantan nanti.

Khamis, 28 Ogos 2014

PELANCARAN KOSPEN KLINIK KESIHATAN ULU DEDAP DAN INFO K1M MUKIM PASIR SALAK 2014

Pada 26 Ogos 2014 yang lalu telah berlangsung majlis pelancaran KOSPEN Klinik kesihatan Ulu Dedap dan info K1M Mukim Pasir Salak 2014. Majlis ini telah diadakan di perkarangan mini RTC Kampong
Gajah, Majlis ini telah dirasmikan oleh En.Nasurunnasir bin Hj. Alias Penyelia Kanan Kemas Kampong Gajah yang mewakili YB Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

Majlis ini turut dihadiri oleh En.Jazuli bin Ibrahim Penghulu Mukim, Dokter Klinik Kesihatan Ulu Dedap
Dr.Nor Arfizah bt Nor Azam dan pegawai tadbir agama Kg.Gajah Ustaz Abdul Halim Matsaman.


Pada program ini Klinik kesihatan Ulu Dedap telah mengadakan pemeriksaan percuma kepada penduduk tempatan serta pertandingan mewarna kanak kanak tabika dan taska KEMAS semperna bulan Kemerdekaan.

Selasa, 19 Ogos 2014

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PERDANA PERINGKAT DAERAH KECIL KAMPONG GAJAH TAHUN 2014

Majlis sambutan Hari Raya ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, MDPT Kg.Gajah majlis ini telah dirasmikan oleh YB.Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak.

dalam majlis ini Dato'Tajuddin juga telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak serta warga emas yang hadir di majlis ini.

Khamis, 19 Jun 2014

PROGRAM CERAMAH WANITA DAN KESIHATAN

 
gambar sekitar program berlangsung

Pada  17 jun 2014 yang lalu bertempat di Dewan Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Kampong Gajah telah berlangsung satu program ceramah kesihatan anjuran Unit Bahagian Pendidikan Masyarakat KEMAS Parlimen Pasir Salak.

Program sehari ini turut mendapat kerjasama dari jabatan kesihatan Kampong Gajah. Majlis yang dirasmikan oleh Penyelia Kanan KEMAS Kampong Gajah ini turut mengundang penceramah jemputan iaitu  Dr.Nor Huda Binti Rifai pegawai perubatan klinik kesihatan Kampong Gajah.



Ahad, 11 Mei 2014

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL TABIKA&TASKA KEMAS ZON C KG.GAJAH



Majlis Makan Malam Amal anjuran Jawatankuasa TBK&TASKA KEMAS Zon C Kg Gajah bertujuan utk mengeratkan hubungan silatulrahim antara KEMAS, pemimpin2 tempatan, AJK aktiviti KEMAS &ibubapa serta Mengisi dana utk pelaksanaan aktiviti. 

Majlis yang diadakan di Dewan FELCRA Seberang Perak ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Abdullah Fauzi ADUN Kg Gajah , turut hadir Pengarah KEMAS Perak & Ybhg Dato' Ibrahim Katob Pegawai Khas kpd Timb Menteri/Timb Ketua UMNO Bhg Pasir Salak, Ybhg Dr Faisal b Dato' Tajudin Ketua PEMUDA UMNO Pasir Salak. 

Terdapat 13 Tabika dan 1 Taska di dalam Zon C Kg Gajah. Semoga usaha serta kerjasama yang baik ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.


Rabu, 23 April 2014

MAJLIS PERASMIAN PERAK AGRO MILLS SDN BHD KG.GAJAH


Pada 24 April 2014 bertempat di Pulau Tiga Kg.Gajah telah berlangsung majlis perasmian PERAK AGRO MILLS SDN BHD. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato' Seri Diraja Dr.Zambry Bin Abdul Kadir

Ketibaan Y.A.B Menteri Besar telah disambut oleh Yb Tuan Hj Abdullah Fauzi ADUN kawasan KG.Gajah.

PERAK AGRO MILLS SDN BHD merupakan sebuah kilang memproses buah kelapa sawit, kilang yang terletak di Pulau Tiga Kg.Gajah ini telah banyak memberi peluang pekerjaan khusus nya penduduk setempat.



Selasa, 8 April 2014

MESYUARAT AGONG TAHUNAN BINA INSAN KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK






            Pada 26 Mac 2014 yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agong Tahunan unit Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis yang berlangsung di Dewan Sebnaguna Kg.Tanjung Sari ini telah dirasmikan oleh Penyelia Pembangunan Desa Dan Perhubungan DUN Kampong Gajah En.Azmi Bin Ismail.

           Majlis yang dihadiri oleh Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak ini turut diserikan dengan kehadiran Exco Wanita Bahagian Pasir Salak iaitu Pn.Khairiah Bt. Abdul Manan.Majlis ini jga turut mengundang Ketua Kampong Tanjung Sari Haji Saiful Bahari B. Ismon dan Ketua Kampong Tapak Semenang En.Mohd Hayat B. Omar.

En.Azmi Ismail menyampaikan ceramah berkaitan GST sekaligus merasmikan Mesyuarat Agong Tahunan Unit Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak.