KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

KEMAS PARLIMEN PASIR SALAK

Selasa, 19 Mei 2015

BENGKEL KEIBUBAPAAN UNIT PRASEKOLAH KEMAS PASIR SALAK


Pada hari Isnin 18 Mei 2015 bertempat di Dewan Kampung SC Air Hitam,Changkat Jong telah berlangsung Program bengkel keibubapaan unit prasekolah KEMAS Parlimen Pasir Salak. Bengkel ini telah melibatkan semua taska dan tabika di seluruh Dun Sg.Manik.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.BHG. Dato' Hj. Ibrahim Bin Katop Pegawai Khas Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak.

Pelbagai aktiviti diadakan dalam bengkel ini antaranya pertandingan menbuat sandwhich, Salad buah buahan dan murtabak cheese craker. Majlis ini diakhiri dengan Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Khodir.




Jumaat, 15 Mei 2015

REKACIPTA BUNGA DARI SUDU PLASTIK


Pada Jumaat 15 May 2015 Unit BPM Kemas Kampong Gajah telah mengadakan bengkel Dwi mingguan bertempat di Pusat Masakan, Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kg.Gajah. Dalam bengkel ini Penyelia unit BPM Kemas Kg.Gajah iaitu Pn.Siti Azizah Ya'akob telah menjadi tenaga pengajar bagi satu rekacipta membuat bunga gubahan menggunakan sudu plastik.

antara bahan bahan yang perlu untuk menghasilkan bunga plastik ini ialah :

1. Gunting
2. Glue Gun
3. Sudu Plastik
4. Dawai


Khamis, 14 Mei 2015

TAZKIRAH ''HARI IBU''


Pada 14 May 2015 bertempat di kelas Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK) Kemas Kg.Gajah telah berlangsung satu tazkirah yang bertajuk "Ibu Permata Hati''. Program anjuran Kelas PKK Kg.Gajah ini diadakan bersemperna sambutan hari ibu yang lalu.

Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustazah Fauziah Sohor mantan Pemaju Masyarakat Bina Insan. Majlis yang dimulakan dengan bacaan yassin ini dihadiri oleh kaum ibu terdiri daripada masyarakat setempat, majlis diakhiri dengan jamuan ringan.




Rabu, 13 Mei 2015

"BALAI GAMBANG" KEUNIKAN PERTABALAN SULTAN PERAK


Pasir Salak, Rabu, 13 May 2015 pada jam 9 pagi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah mencemar duli menaiki Balai Gambang menyusuri sungai Perak dari Pasir Salak hingga ke Teluk Intan.

Sepanjang perjalanan ke Teluk Intan Baginda Sultan akan menziarah Beberapa buah makam yg terletak di tepi sungai Perak antaranya ialah.

1) Makam Sultan Shahabuddin Riayat Shah Sultan 
    Perak ke 21
2) Makam Sultan Iskandar Dzulkarnain
    Sultan Perak ke 15
3) Sultan Abdullah Muhammad (i)
    Sultan Perak ke 22

Semua rakyat Perak khususnya yang tinggal di Pasir Salak dan Teluk intan sangat teruja melihat keluarga Diraja Perak ini menaiki kenderaan khas yang diberi Nama Balai Gambang ini.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU






Selasa, 12 Mei 2015

DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK DI KG.GAJAH


Pada 12 May 2015 DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah menziarah makam di raja di Kg Jawa Kg Gajah. Terdapat 3 Makam iaitu
1. Sultan Ahmad Tajuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Mansur Shah I (Marhum Muda) Sultan Perak ke 3 tahun 1577 - 1584
2. Sultan Mahmud Iskandar Shah (Marhum Besar Auliaallah) Sultan Perak ke 11 tahun 1653-1720

3. Sultan Alauddin Mughayat Shah Sultan Perak ke 12 tahun 1720 – 1728
Upacara menziarahi makam ini adalah sebahagian daripada majlis pertabalan Sultan Perak ke 35. Masyarakat kampong sekitar kg gajah merasa begitu teruja dengan kehadiran pasangan diraja ini.
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU




Khamis, 16 April 2015

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PENOLONG PENDAFTAR PEMILIH


Pada 13 April 2015 yang lalu telah berlangsung majlis penyampaian watikah penolong pendaftar pemilih jabatan kerajaan (JKKK) negeri Perak peringkat Parlimen Pasir Salak. majlis yang diadakan di dewan Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Kg.Gajah. Penyelia kanan kemas kg.gajah iaitu EN.Nasurunnasir bin Hj.Alias yang mewakili Pegawai Kemas Daerah Perak tengah telah menyempurnakan majlis ini.

Seramai 18 orang ketua ketua kampong seluruh parlimen pasir salak telah dilantik untuk menjadi penolong pendaftar pemilih ini.Turut hadir ke majils ini ialah wakil dari SPR.




Mesyuarat JKPP bil 2/2015 KEMAS Negeri Perak


Selasa, 14 april 2015, bertempat di UiTM sg.galah Kampong Gajah KEMAS negeri Perak telah mengadakan Mesyuarat JKPP bil 2/2015 KEMAS negeri perak. Mesyuarat yang diadakan ini telah menjemput ahli parlimen Pasir Salak Datuk seri Tajuddin Abd Rahman yang juga Timb Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia dan Adun kg.gajah YB.Abdullah Fauzi bin Datuk Hj.Ahmad Razali.

Memetik ucapan dari Datuk Seri, beliau amat menghargai dan berterima kasih atas peranan serta kerjasama yang diberikan oleh KEMAS khususnya dalam usaha membangunkan masyarakat serta melahirkan modal insan yang berkualiti.

Pengarah KEMAS Negeri Perak En Ahmad Kamal Idris Bin Hj Ahmad Nawawi menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk seri Tajuddin Abd Rahman dan YB.Abdullah Fauzi kerana sudi hadir ke majlis tersebut.