Pada 22 Oktober 2014 telah berlangsung satu majlis ilmu anjuran kelas Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak. Majlis yang diadakan di Surau Taman Changkat Lada Raya ini telah menarik kehadiran lebih 50 orang terdiri daripada qariah-qariah surau tersebut dan masyarakat setempat.
Majlis yang bermula pada jam 3.00 petang ini dimulakan dengan majlis bacaan Yassin dan di susuli dengan ceramah agama bertajuk ''Sayang Suami Isteri Till Jannah". Ceraman ini telah disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Bina Insan KEMAS Parlimen Pasir Salak Iaitu Ustazah Salina Abdul Aziz. Majlis ini diakhiri dengan penerangan isu semasa yang disampaikan oleh Ketua Puteri UMNO. Rata-rata peserta yang hadir menyambut baik program seperti ini dan mengharapkan program ini dapat diadakan lagi di masa akan datang.
![]() |
ustazah Salina memberikan ceramah "Sayang Suami Isteri Till Jannah". Turut hadir Penyelia Bina Insan KEMAS Pasir Salak Ustazah Rusimah Jaafar |